Thursday, 19 January 2012

Happy Besday Faiz sayang...

Ari ni 19 Jan 2012.. Bermakna lagi 2 hari Faiz akan menginjak ke 1 tahun... cepat benar masa berlalu... Ibu rasa macam br je kawen... Mcm br semalam dapat berita Ibu mengandung... Tiba2 Ibu terasa rindu sgt moments masa Faiz duk dlm perut Ibu... Tidur pada waktu siang dan aktif pada waktu malam.. Esp kul 10 malam ke atas n dekat2 nak Subuh, Faiz sgt aktif... Mungkin sbb Ibu keje shift.. x tentu masa kot.. Smp susah ibu nak kira gerakan kamu (kene kira.. dlm tempoh 12 jam kne ada min 10 gerakan utk pastikan kamu dalam keadaan baik).. Ibu rindu sangat nak rasa tendangan Faiz dr dlm perut.. Pasti Ibu akan senyum sendirian ketika itu.. Kalau ayah ade dekat ngan ibu waktu kamu tendang, ayah juga akan rasa tendanganmu dan kami akan tersenyum... Excited sgt time tu... Ni la rupa Faiz masa 7 bulan dlm kandungan Ibu... sangat2 comel.. Masa pregnant dulu.. Menitis air mata Ibu bila melihat video kamu dalam perut Ibu.. Subhannallah... Maha suci Allah... Boleh ada makhluk Allah yg bernyawa dalam perut Ibu...

Scan ni masa Ibu pregnant 28mggu 3 hari..(7bulan)

Time ni Ibu br balik keje malam.. So Faiz tido je x kasi tgk muka..


Subhanallah.. Kamu sgt comel dr dlm perut Ibu lagi.. Semoga Akhlakmu secomel rupamu sayang..

Dlm perut lagi dah pandai silang kaki :)

Mengantuk sbb temankan ibu keje malam ye sayang..


Selamat hari lahir sayang... Ibu sentiasa doakan yg terbaik untuk kamu... Semoga kamu menjadi anak soleh yang berjaya dunia dan akhirat... :)


Thursday, 5 January 2012

Rawatan Syifa

Semalam aku ke Pusat Perubatan Syifa Al-Hidayah di Gombak untuk temujanji ke-2 untuk masalah Cyst ku... Sebelum ni aku dirawat oleh Saudara Ashraff Muslim dan diberi Surah Yunus (ayat 71-88) dan Surah Anbiya (ayat 82-90) untuk di amalkan... Semalam bapa mertuanya Ust Lokman yg merawatku.. dan surah yg perlu diamalkan utk 7 minggu berikutnya ialah Surah Al-A'raff (Ayat 75-81) dan Surah Yunus (Ayat 35-47)...

Aku ada tanya kat Ustaz Lokman berkenaan maksud surah Yunus yg aku amalkan sebelum ni banyak yg berkaitan dengan sihir... So, nak gak tau sama ada penyakit aku ni mmg medical problem ke @ ada kaitan ngan mende2 halus ni... Alhamdulillah...kosong..xde mende2 pelik ( sihir, santau,saka, etc ) kat aku... Mudah2an Cyst ni sembuh la...Xmo kne operation lagi... xmo pisah ngan En. Suami n Faiz lama2 lg... Xmo duk hospital lg... Tp sumenye aku serahkan kepada Allah yg maha berkuasa.. Dia yg maha mengetahui apa yg terbaik untukku...~


Surah Yunus ( ayat 71-88 )


A071
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) perihal Nabi Nuh, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Sekiranya kedudukan aku dalam kalangan kamu, dan peringatan yang aku berikan kepada kamu dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah aku berserah diri. Oleh itu, tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka); sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.
(Yunus 10:71) | <Embed> | English Translation
A072
"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran agama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
(Yunus 10:72) | <Embed> | English Translation
A073
Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran.
(Yunus 10:73) | <Embed> | English Translation
A074
Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.
(Yunus 10:74) | <Embed> | English Translation
A075
Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.
(Yunus 10:75) | <Embed> | English Translation
A076
Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata".
(Yunus 10:76) | <Embed> | English Translation
A077
(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya".
(Yunus 10:77) | <Embed> | English Translation
A078
Mereka pula berkata: "Adakah engkau datang (wahai Musa) untuk memesongkan kami dari penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya, dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)? Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua".
(Yunus 10:78) | <Embed> | English Translation
A079
Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Bawalah kamu kepadaku segala ahli sihir yang mahir".
(Yunus 10:79) | <Embed> | English Translation
A080
Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka:" Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!"
(Yunus 10:80) | <Embed> | English Translation
A081
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
(Yunus 10:81) | <Embed> | English Translation
A082
"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".
(Yunus 10:82) | <Embed> | English Translation
A083
Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas.
(Yunus 10:83) | <Embed> | English Translation
A084
Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
(Yunus 10:84) | <Embed> | English Translation
A085
Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas.
(Yunus 10:85) | <Embed> | English Translation
A086
" Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".
(Yunus 10:86) | <Embed> | English Translation
A087
Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)".
(Yunus 10:87) | <Embed> | English Translation
A088
Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.
(Yunus 10:88) | <Embed> | English Translation